Khamis, 3 Februari 2011

Kau Milikku

Assalam,

Ketika membaca sinopsis novel ni dekat web site KN... hati dah teruja untuk membacanya...... Sehingga akhirnya berjaya juga aku untuk memilikinya......

Komen :

Jalan ceta yang menarik..... Hero - Faizal dan Heroin - Dizyan. Mereka pernah bersekolah bersama dan yang lucunya mereka sering bertengkar. Biasalah akan berpisah kerana masing2 sibuk belajar dan akhirnya mereka bertemu lapan tahun kemudian.

Aku kesian juga akan heroin ceta nie sbb terpaksa bekerja sebagai pembantu bagi Faizal. ni kira sebagai membalas dendam..... dan seterusnya terpaksa kawin ngan Faizal..... Banyak juga aksi2 yang lucu terjadi antara mereka.... Muncul juga watak s Penggoda iaitu Ku Zhety yg mengaku kekasih yang menyebabkan Dizyan berjauh hati...dan aku terasa sedih bila membaca part di mana Faizal melepaskan kata cerai pada Dizyan setelah bersama dengannya..... Bayangkan yg Dizyan telah mula menyintai Faizal... apa akan dirasa bila baru perasaan cinta telah timbul, lalu dilepaskan dengan cerai..... kemudian Dizyan juga disahkan hamil tapi sayang keguguran akibat memikirkan nasib dirinya..... but at the end....happy juga kan.....

Jadi secara keseluruhan : novel ini tidaklah menghampakan.... boleh lah dibeli...hehehehe

Sebenarnya dalam membaca novel ini kdg2 banyak mengajar kita sesuatu yang kita tidak jangkakan..... mengajar kita tentang hati atau perasaan ....... Kebahagiaan itu sebenarnya ada cuma kita perlu mencarinya..... Walaupun di dalam novel kebahagiaan itu ujud....dalam realiti hidup kebahagiaan juga ada......


Lukisan Hatiku ,

Noraidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan