Khamis, 3 Februari 2011

Lukisan Hatiku

Assalam,


Cemburu.... Pernahkah  cemburu? Benarkah kalau kita cemburu bermakna kita sayang? hehehe persoalan ini sering bermain didalam kepala otak aku ini. Perlukah kita menunjukkan perasaan cemburu itu atau biarkan terpendam di lubuk hati sja....


Bagi aku, cemburu ada tempatnya....tapi aku akan cemburu jika orang yang ku sayang melebihkan orang lain dari aku..... walaupun hal kerja.... Aku akan cemburu jika ia bercerita akan hal perempuan lain walaupun kawan sepejabatnya.....kerana aku sedar akan kekurangan diri...... Kadang2 kewarasan akal akan mudah beralih disebabkan oleh cemburu...bagi aku jika aku perlu menunjukkan cemburu itu akan ku nyata kan pada sidia...... agar ia faham.....  tp cemburu ini juga bahaya....boleh membuatkan kita berfikir negatif saja..... 

Ini ada sedikit petikan tentang cemburu :


Memang ada kebenarannya cemburu itu tanda sayang. Jikalau tiada perasaan sayang di dalam hati maka tiadalah luahan rasa cemburu di bibir mulut dan wajah. Oleh itu bagi sebuah keluarga dan rumah tangga bahagia, maka cemburu itu merupakan suatu keperluan.  Bukan sahaja isteri harus mencemburui suaminya, malah suami juga harus cemburu kepada isterinya. Demikian juga ibu bapa harus cemburu pada anak-anak. Kecemburuan ini bersumberkan ikatan kasih sayang yang sedia terjalin. Keharmonian rumah tangga juga harus diwarnai dengan cemburu terutama oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga.Keharmonian amat mahal harganya dan wajar disayangi dengan menghindari segala yang boleh mencacat-celakannya.
Demikian juga terhadap kesefahaman, kemurahan rezeki, keberkatan hidup berkeluarga dan seumpamanya; semua itu merupakan nikmat anugerah Ilahi yang tiada tolok bandingnya.
Tidak sempurna cemburu itu jika hanya sebagai tanda adanya sayang. Cemburu juga perlu kerana sayang.
Persoalannya, sayang yang bagaimana? Sebagai contoh, tidak cukup sayangkan isteri kerana kecantikan rupa
parasnya. Jika demikian, apabila kecantikan itu hilang dimamah usia maka akan pudar jugalah rasa cemburu suami terhadap isterinya. Sayang tidak akan kekal dan cemburu tidak akan berterusan jika diikat dengan suatu yang tidak abadi dan hakiki kerana mengalami perubahan. 
Oleh itu mutu kasih dan sayang harus dipertingkatkan. Sayang dan cemburu seorang suami atau bapa kepada isteri dan anaknya haruslah sampai ke pintu syurga. Ini kerana syurga itu hakiki dan salah satu makhluk yang kekal abadi. Firman Allah s.w.t.: “Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab seksa api neraka.” (At-Tahrim: 6) Dalam melaksanakan perintah pemeliharaan ini maka ketua keluarga perlu memiliki sifat cemburu.

Dariku,
Noraidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan