Khamis, 24 Mac 2011

Aku Yang Kau Tinggalkan by Alina Haizar


Assalam, 
Sebenarnya ceta nie ada kat P2U...tp aku tak berapa mengikuti ceta nie....cuma setelah ada sinopsis dia tambah lagi ipar aku kata, jalan ceta nie bagus...aku pun teruja untuk membelinya...... So apalagi..... membeli lah aku buku ketika Brunei mengadakan pesta Buku......

Hero : Zaril Ikhwan               Heroin : Nia
Jalan ceta : seperti yang ada pada sinopsis..... tp pada aku ceta nie mmg best...http://www.emocutez.comsebab.. aku kesian ngan watak heroin dier..... dipaksa kawin namun dalam2 diam melayani suami akhirnya jatuh cinta juga pada suami.... tp sayang...suami yang telah sembuh.. mengikut kata ibunya saja..... terus membuang isterinya padahal isteri tu lah yang membantu suami untuk sembuh.....aku http://www.emocutez.comgeram ngan hero nie...tak sedar diri langsung.... kesian kat isteri dia tu.... tepaksa membawa diri ke tempat lain......selama beberapa tahun baru lah mereka jumpa semula.... tu pun suami sedang merancang tuk kawin..... hishh...tak habis2 suami tu kan...... asyik nak membuat ayer mata isteri dia kuar jer....http://www.emocutez.com 

Ending : macam ceta2 yang lain...happy jer..... tp aku suka ceta nie.....

Kepada penulis buku nie... Tahniah..... sbb berjaya membuat aku sebagai pembaca mengalirkan air mata jugak....heheheehehe

Aku beri 5*****

Kalau nak tau lagi...beli...hehehe berbaloi...tak rugi tau....

tu jer...

Salam dan ceria selalu.
Noraidah,

Isnin, 14 Mac 2011

Jendela Kaca Ainnur



Assalam,
Novel nie merupakan terbitan Jemari Seni.... mungkin yang terbaru antara yang terbaru.......  Sebelum tu nak ucap http://www.emocutez.com tahniah pada penulisnya iaitu Diya Nordin......

Aku tak sangka aku dapat menghabiskan buku nie dalam masa sehari..... Mula2 aku membacanya iaitu pada chapter 1, aku tak sangka akan jadi http://www.emocutez.com sedih..... huhuhuhu tp oleh kerana aku baca masa aku berada dalam kelas terpaksa lah ku tahan......
Komen aku :  Jalan ceta yang bagus...kisah seorang anak yang mengharapkan kasih ibu dan bapanya,,,,,,, di mana terjadi perceraian so ibu kawin lain begitu juga ayahnya....... tp yang sedihnya..si ibu sering mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati si anak...sehingga pada satu peringkat si ibu sanggup berkara yg kerana anak itu, ia kehilangan sesuatu...dan macam2 lagi.....aduh....kesian sungguh.....
Ceta ni agak ganjil sedikit kerana ia tidak berapa menyentuh hal cinta2 yg biasa kita baca pada buku2 lain......
Sebagai pembaca.....aku dapat menghayati dan merasai nya...... tp yg betulnya....sedih sungguh......
Lagi satu, jalan cetanya tak memeningkan kepala....  dan yang penting ending ceta nie... bahagia.......http://www.emocutez.com

So, overall....ceta nie mmg best....tp tu bagi aku lah yer....org lain aku tak tau pulak.....
Kalau tak percaya, beli dan baca....hehehhehehe  berbaloi dan tak rugi..... nsya allah....http://www.emocutez.com

So, itu jer lah......

Senyum dan ceria selalu,
Noraidah Yn

Khamis, 10 Mac 2011

Cucur Bawang dan Kopi O oleh Hasrudi Jawawi

..

Baru saja habis baca buku nie.... Aku suka.....http://www.emocutez.com Ini komen dari aku lah... 

Dari segi cover, aku suka....cute..... Tajuk, mengingatkan kita pada makanan.....hahahaha.... 
Penulis buku nie kalau aku tak salah seorang lelaki...... Nampaknya penulis telah berjaya dalam membuat satu ceta yang baik... Walaupun buku ni tebal tp rasa teruja nak menghabiskannya. 
Jalan ceta : Iskandar [ hero ] memerlukan pengasuh anak2 tiri dan disinilah datang nya Rudiana [ heroin] Iskandar mahu Rudiana tinggal bersama dengannya so dia meminta tuk nikah ngan Diana..... tp siap ngan agreement lagi..... Banyaklah kejadian2 yang tak terduga antara mereka sehingga menimbulkan satu perasaan yang asyik... [ tu perkataan aku ]...... Tuk memberi impak ditimbulkan watak penggoda Amanina [ bekas kekasih Is] dan juga Nizam [ teman Is ]... yg prm nie nak kembali ngan Is dan yg lelaki ni cuba nak mengayat Diana....... time nie banyak ujian yang harus di hadap oleh Is dan Diana.
Dan kalau nak tau selanjutnya baca lah yer.... http://www.emocutez.comhehehehehe

So, aku rasa penulis telah berjaya membuat aku sebagai pembaca menikmati jalan ceta nie dari awal sehingga akhir.... Aku tercari2 juga kaitan tajuk ngan isi ceta...setelah membacanya baru lah aku faham..... Dari cucur bawang lah mereka mula berjumpa dan bila makan cucur bawang sedap dengan minum kopi.... betul ke tuhttp://www.emocutez.com...hehehe Bila aku mula membacanya, rasa macam tak sabar nak mengetahui penghujung ceta nie.... aku suka....  Kepada penulis, tahniah...http://www.emocutez.com Aku beri 5***** 

Rasa tu jer lah nak kongsi ngan pembaca yang sudi baca blog novel aku nie..... hehehehe...

Senyum dan ceria selalu.
Noraidah



Jumaat, 11 Februari 2011

Tuhan Masih Mencintaiku - Lily Haslina Nasir



Assalam,

Dari kelmarin dah aku baca novel nie...... Novel yang covernya sungguh cantik pada mataku......  Dan hari ini aku baru selesai membacanya..... Benar juga kan kalau kita baca novel nie macam2 rasa yang kita dapat.....Dari novel juga kita banyak belajar beberapa perkara..... Membuat kita sedar.....

Berbalik pad novel ini..... Penulis rasanya ingin menengahkan tentang penghijrahan seseorang...Penghijrahan dari berbuat kejahatan kepada kebaikan.....Begitu lah lumrah manusia...dan betul lah juga pepatah yang mengatakan " Kebaikan akan dikenang sekali tetapi kejahatan akan dikenang selamanya".... Begitu lah ceta yang ingin disampaikan dalam novel nie......

Novel ini banyak memberi pengajaran tentang kebesaran Allah..... dimana perubahan yang terjadi pada hero cerita ini akibat terselamat dari runtuhan bangunan......Sebelumnya ia merupakan seorang yang suka berjoli, membawa perempuan termasuklah tunang dia tu..... membawa penaja2 bagi majalah tu ke tempat2 maksiat....akhirnya sedar setelah sedar dari koma....... tp aku suka ngan nama hero dia nie ..-- Azrul Rasyid...Manakala watak heroin dia...aku suka...sbb heroin tu seorang yang tabah, sabar dalam menghadapi bos nya a.k.a Azrul..... sanggup menolong Azrul walaupun Azrul tu sentiasa marah ngan dia....siap cakap yang  Khalida tu seorang yang lembab lah dan segala mcm.....namun begitulah Khalida......

Juga dapat aku membayangkan saat aku membaca part di mana Azrul dan Khalida ke Padang untuk membantu mangsa2 gempa bumi..... membaca macamana keadaan mayat2 yang mereka temui....sehingga membuat kan aku http://www.emocutez.com sedih jer tp tak nangis lah...dan http://www.emocutez.com berfikir dan sedar....

Kesudahan novel nie, satu pengakhiran yang bagus dan biasalah.....happy....

Bagi aku, novel ni banyak membantu kita umumnya dan aku khasnya...... kepada sesiapa yang ingin membaca..bacalah untuk menambahkan ilmu didada....hehehehe

Pada Lily Haslina, tahniah.....

Rasanya tu lah saja.

Senyum dan cerai selalu,

Lukisan hatiku
Noraidah.

Rabu, 9 Februari 2011

Harga Sebuah Cinta



Assalam semua, 
Sebenarnya telah lama aku selesai membaca novel ni dan aku sungguh tak sangka yang aku mampu menghabiskannya dalam masa satu hari......... Mungkin kerana cara pengolahan jalan ceta ni yang membuat aku ingin tahu dan ingin tahu dan ingin tahu.... hehehehe   http://www.emocutez.com

Tapi aku rasa kagum dengan ceta nie sbb baru aku temui pada novel dimana Heroin dia iaitu Fea yang diminati oleh 3 lelaki dalam masa yang sama.... Tak dapat ku gambarkan sekiranya ini terjadi d alam nyata ini... tp bertuah sungguhkan jadi perempuan seperti dia tu..... 

Kay lah berbalik kepada ceta ni, Fea terpaksa memilih antara 3 org jejaka.... Arman, Ikmal dan Zhafir..... 
Arman - cinta pertama nya...tp keluarga lelaki ini memilih kebendaaan sedangkan masa tu Fea hanya anak orang gaji di rumah itu........ Bertahun tak berjumpa...tapi Fea kuat mengatakan yg cinta nya masih pada Arman..... Datang pula Ikmal, abang sepupu kepada teman karibnya Zura...... sudah mempunyai kekasih Nisha, tp lama kelamaan terpikat juga ngan Fea....... sehingga sanggup untuk memutuskan Nisha ..... huhuhuu *apalah lelaki nie....mudah tergoda ye*... dan pada masa yang sama Fea kerap bertembung juga ngan Zhafir iaitu abang kepada Zura. Bertemu kembali ngan Arman di tempat kerja tetapi Zura telah menganggapnya kekasih hati..... Fea serba salah..... sayang akan persahabatan degan Zura.... seperti rela untuk melepaskan Arman apalagi Zhafir menghadirkan diri untuk menagih cinta Fea..... 
Akhirnya, demi Zura, Fea memilih Zhafir...... dan bermula lah kisah perkahwinan mereka.....
Biasalah jalan ceta seterusnya....mesti akan ada pergolakan..... di mana timbul kembali kekasih kepada Zhafir.... Arman kemalangan....  dan di sinilah bagi aku klimak ceta ni...... ada part sedih sehingga menitik juga airmata ku *hehehe perasan lah tu*.... Fea merajuk ...dan Zhafir yang menyesal dan berusaha tuk memujuk Fea..... n for me this the romantik part lah.......seronok baca bahagian yang akhir ini....... 

Kalau nak tau selanjutnya..... baca lah ye...hehehehe

Aku bagi novel ini 9/10 bintang.....banyakkan....

Pada Hani Fazuha, Tahniah ...kerana berjaya menghasikan novel ini http://www.emocutez.com...... Jalan ceta yang tidak memeningkan kepala aku..... So happy with this novel.... 
http://www.emocutez.com


So tu lah saja.....  untuk Lukisan http://www.emocutez.comku...... 




Senyum dan ceria selalu,

Noraidah

Khamis, 3 Februari 2011

Lukisan Hatiku

Assalam,


Cemburu.... Pernahkah  cemburu? Benarkah kalau kita cemburu bermakna kita sayang? hehehe persoalan ini sering bermain didalam kepala otak aku ini. Perlukah kita menunjukkan perasaan cemburu itu atau biarkan terpendam di lubuk hati sja....


Bagi aku, cemburu ada tempatnya....tapi aku akan cemburu jika orang yang ku sayang melebihkan orang lain dari aku..... walaupun hal kerja.... Aku akan cemburu jika ia bercerita akan hal perempuan lain walaupun kawan sepejabatnya.....kerana aku sedar akan kekurangan diri...... Kadang2 kewarasan akal akan mudah beralih disebabkan oleh cemburu...bagi aku jika aku perlu menunjukkan cemburu itu akan ku nyata kan pada sidia...... agar ia faham.....  tp cemburu ini juga bahaya....boleh membuatkan kita berfikir negatif saja..... 

Ini ada sedikit petikan tentang cemburu :


Memang ada kebenarannya cemburu itu tanda sayang. Jikalau tiada perasaan sayang di dalam hati maka tiadalah luahan rasa cemburu di bibir mulut dan wajah. Oleh itu bagi sebuah keluarga dan rumah tangga bahagia, maka cemburu itu merupakan suatu keperluan.  Bukan sahaja isteri harus mencemburui suaminya, malah suami juga harus cemburu kepada isterinya. Demikian juga ibu bapa harus cemburu pada anak-anak. Kecemburuan ini bersumberkan ikatan kasih sayang yang sedia terjalin. Keharmonian rumah tangga juga harus diwarnai dengan cemburu terutama oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga.Keharmonian amat mahal harganya dan wajar disayangi dengan menghindari segala yang boleh mencacat-celakannya.
Demikian juga terhadap kesefahaman, kemurahan rezeki, keberkatan hidup berkeluarga dan seumpamanya; semua itu merupakan nikmat anugerah Ilahi yang tiada tolok bandingnya.
Tidak sempurna cemburu itu jika hanya sebagai tanda adanya sayang. Cemburu juga perlu kerana sayang.
Persoalannya, sayang yang bagaimana? Sebagai contoh, tidak cukup sayangkan isteri kerana kecantikan rupa
parasnya. Jika demikian, apabila kecantikan itu hilang dimamah usia maka akan pudar jugalah rasa cemburu suami terhadap isterinya. Sayang tidak akan kekal dan cemburu tidak akan berterusan jika diikat dengan suatu yang tidak abadi dan hakiki kerana mengalami perubahan. 
Oleh itu mutu kasih dan sayang harus dipertingkatkan. Sayang dan cemburu seorang suami atau bapa kepada isteri dan anaknya haruslah sampai ke pintu syurga. Ini kerana syurga itu hakiki dan salah satu makhluk yang kekal abadi. Firman Allah s.w.t.: “Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab seksa api neraka.” (At-Tahrim: 6) Dalam melaksanakan perintah pemeliharaan ini maka ketua keluarga perlu memiliki sifat cemburu.

Dariku,
Noraidah

Kau Milikku

Assalam,

Ketika membaca sinopsis novel ni dekat web site KN... hati dah teruja untuk membacanya...... Sehingga akhirnya berjaya juga aku untuk memilikinya......

Komen :

Jalan ceta yang menarik..... Hero - Faizal dan Heroin - Dizyan. Mereka pernah bersekolah bersama dan yang lucunya mereka sering bertengkar. Biasalah akan berpisah kerana masing2 sibuk belajar dan akhirnya mereka bertemu lapan tahun kemudian.

Aku kesian juga akan heroin ceta nie sbb terpaksa bekerja sebagai pembantu bagi Faizal. ni kira sebagai membalas dendam..... dan seterusnya terpaksa kawin ngan Faizal..... Banyak juga aksi2 yang lucu terjadi antara mereka.... Muncul juga watak s Penggoda iaitu Ku Zhety yg mengaku kekasih yang menyebabkan Dizyan berjauh hati...dan aku terasa sedih bila membaca part di mana Faizal melepaskan kata cerai pada Dizyan setelah bersama dengannya..... Bayangkan yg Dizyan telah mula menyintai Faizal... apa akan dirasa bila baru perasaan cinta telah timbul, lalu dilepaskan dengan cerai..... kemudian Dizyan juga disahkan hamil tapi sayang keguguran akibat memikirkan nasib dirinya..... but at the end....happy juga kan.....

Jadi secara keseluruhan : novel ini tidaklah menghampakan.... boleh lah dibeli...hehehehe

Sebenarnya dalam membaca novel ini kdg2 banyak mengajar kita sesuatu yang kita tidak jangkakan..... mengajar kita tentang hati atau perasaan ....... Kebahagiaan itu sebenarnya ada cuma kita perlu mencarinya..... Walaupun di dalam novel kebahagiaan itu ujud....dalam realiti hidup kebahagiaan juga ada......


Lukisan Hatiku ,

Noraidah

Rabu, 2 Februari 2011

Buku-buku ku

Sebenarnya lama sudah aku ingin membuat blog khas untuk kegemaran ku yang satu ini iaitu Membaca novel-novel yang sudah beberapa tahun ku ikuti....... Mula-mula aku gemar membaca buku english..tp sejak tahun 2003 atai 4, telah berkenalan dengan sebuah buku dan kalau tak silap novel tersebut ialah KAU YANG SATU...

dan seterusnya hingga ke tahun baru ini aku telah dan masih menggemari novel2 nie..... Kenapa ye aku suka membaca novel nie...walaupun menurut my hubby aku bukan golongan yang patut membaca novel2 nie maklumkan dah ada anak..... tp tak kisah lah apa hubby ku kata,.... aku teruskan saja......

Sehingga saat ini pun aku masih memilih untuk terus membaca..... Melalui blog ini aku akan cuba untuk membuat pendapat ku tentang novel2 yang aku baca atau akan di baca ...... harap2 ada orang yang sudi berkongsi rasa di hati d blog ku ini......


Tuk permulaan tahun 2011 ini, d bulan Januari aku telah membeli beberapa buah novel baru..... di antaranya ialah...


Novel : Hati Bila Cinta - Nozi 

Novel ni merupakan novel yang jalan ceritanya bagi ku agak selamat.....dalam novel ini tidak banyak watak yang ada, hero ~ Syafiq / heroin ~ Aisyah ..... yg bergelar syah - tomboi. So biasalah syah bertemu dan menyelamatkan ibu Syafiq.... terus dijadikan anak angkat... lama-lama Syafiq terpikat ngan Syah.... mula2 berkelahi bagai kucing ngan anjing tp biasalah mana2 novel yang di baca pasti yg berkelahi inilah yang jatuh cinta....tp tak pe....just follow the flow....hehehe.... at the end they seem to happy....Syah get us to having Syafiq around but Syafiq make one mistake by saying " Syah mesti ingat siapa dirinya.... jgn seperti orang yang tak ingat akan asal usulnya"... so ada sedikit komplik kat sini...... di mana Syah merajuk..... but at the end..... happy cuma the ending is not quite yang d harapkan...

setakat nie sja dulu....di lain masa nsya allah akan disambung semula....